CLOSE
CLOSE AD

Preity Zinta bawa masuk banyak filem Bollywood ke China

  • 21 Jun 2019
  • Tags:
Preity-Zinta-bawa-masuk-banyak-filem-Bollywood-ke-China

Baru-baru ini aktres Preity Zinta telah memulakan usaha sama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Los Angeles bagi membawa masuk lebih banyak filem Bollywood ke China.

Dikenali sebagai Above The Clouds (ATC), anak syarikat itu merupakan milik sebuah syarikat produksi China, Er Dong Pictures.

Preity yang juga seorang usahawan wanita, memulakan kerjasama tersebut bagi menubuhkan sebuah dana pembangunan filem dan televisyen. Pelakon "Bhaiaji Superhit" itu turut mendapat kerjasama daripada rakan produksinya, Amrita Sen.

Menerusi laporan TimesofIndia, dana dari ATC akan membantu menyokong pembangunan filem Hindi dan Inggeris di pasaran India, Asia serta antarabangsa.

Sebagai tambahan, usaha sama itu akan mengedarkan filem-filem Bollywood yang sedia ada ke pasaran China yang merupakan medium kedua terbesar bagi industri filem Bollywood.

"Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan ATC dan Er Dong untuk membawa masuk visi kami ke pasaran antarabangsa. Sebagai negara jiran, India dan China mempunyai ikatan kebudayaan yang kuat.

"Jadi dengan tertubuhnya kerjasama ini, saya berharap ikatan itu akan menjadi lebih kukuh," ulas Preity dengan lebih lanjut.

Preity menambah bahawa misi mereka adalah untuk menghasilkan kandungan yang mempunyai daya tarikan global bagi filem dan televisyen dalam Bahasa Inggeris dan Hindi.

Filem-filem seperti "Dangal", "Baahubali" dan "Sultan" telah mendapat sambutan yang memberangsangkan di pasaran China. Malah ramai penonton di sana yang tertarik dengan filem Bollywood.

Terbaru, filem "Kaabil" yang dibintangi oleh Hrithik Roshan juga telah ditayangkan di China.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: Pinterest)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Tarik-Diri-Dari-Filem-Bhuj-The-Pride-of-India Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Parineeti Chopra Tarik Diri Dari Filem "Bhuj: The Pride of India"

Aktres itu terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan dua buah projek lain.

Kangana-Ranaut-Anggap-Belajar-Bahasa-Tamil-Satu-Cabaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Kangana Ranaut Anggap Belajar Bahasa Tamil Satu Cabaran

Aktres itu perlu memahirkan bahasa Tamil bagi filem biopik "Thalaivi".

Akshay-Kumar-Dan-Rohit-Shetty-Bermasam-Muka-Di-Set-Sooryavanshi Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Akshay Kumar Dan Rohit Shetty Bermasam Muka Di Set "Sooryavanshi"?

Kedua-dua aktor dan pembikin filem itu telah menafikan berita tersebut.

R-Madhavan-Bhumi-Pednekar-Bakal-Bergandingan-Dalam-Bhaagamathie Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

R. Madhavan & Bhumi Pednekar Bakal Bergandingan Dalam "Bhaagamathie"

Kedua-dua itu akan bintangi filem 'remake' Telugu diterbitkan Akshay Kumar.

Imtiaz-Ali-bakal-realisasikan-biopik-mengenai-Madhubala Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala

Pembikin filem itu telah mendapatkan hak cipta untuk meneruskan projek tersebut.

Amitabh-Bachchan-umum-rehat-panjang-dari-lakonan Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan

Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.