CLOSE
CLOSE AD

Arbaaz Khan Galas Watak Penting dalam Filem "Sridevi Bungalow"

  • 19 Jun 2019
Arbaaz-Khan-Galas-Watak-Penting-dalam-Filem-Sridevi-Bungalow

Arbaaz Khan telah memberi persetujuan untuk membintangi filem arahan Prasanth Mambully berjudul "Sridevi Bungalow".

"Dalam filem ini, Arbaaz akan memegang watak selebriti terkenal Bollywood dan karakternya sangat penting dalam skrip.

"Saya sangat meminatinya dan saya rasa dia pelakon yang sangat sesuai untuk membawa watak tersebut," ujar Prasanth dalam laporan yang dipetik dari MumbaiMirror.

Menurut pengarah itu lagi, pihak produksi telah selesai 80 peratus dari keseluruhan penggambaran dan jadual selebihnya akan difilemkan di Mumbai pada Julai nanti.

Berikutan laporan yang mengatakan filem itu adalah berdasarkan kehidupan mendiang Sridevi, Prasanth mendedahkan bahawa ia adalah sebuah thriller penuh kejutan dan misteri dan tidak berkait dengan Sridevi.

Dia telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan skrip yang baik selain cuba untuk menguji bakat Kangana Ranaut.

Namun begitu, Kangana terpaksa menarik diri kerana jadual kerjanya yang padat dan watak utama telah diganti oleh Priya Prakash Varrier.

Filem thriller romantik itu menampilkan Priya sebagai watak Sridevi. Dia pergi ke London untuk menjalani penggambaran sebuah filem namun perkara yang berlaku di sana mengubah hidupnya.

Berkenaan judul filem itu, Boney Kapoor yang merupakan suami Sridevi telah menghantar notis undang-undang kepada pembikin filem.

Notis tersebut menyatakan nama Sridevi tidak boleh digunakan dan biopik tentang dirinya tidak boleh dibikin.

Bagaimanapun, Prasanth tidak bercadang untuk mengubah judul filem kerana berpendapat bahawa ramai lagi individu mempunyai nama yang sama.

Dalam perkembangan lain, Arbaaz kini sibuk dengan jadual penggambaran filem aksi bersiri "Dabangg 3" yang menampilkan Salman Khan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: Super Stars Bio



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.