CLOSE
CLOSE AD

Madame Tussauds Singapore lancarkan patung lilin Priyanka Chopra

  • 18 Jun 2019
  • Tags:
Madame-Tussauds-Singapore-lancarkan-patung-lilin-Priyanka-Chopra

Madame Tussauds Singapore telah melancarkan patung lilin bintang terkenal Bollywood Priyanka Chopra buat kali pertama di Asia semalam.

Dengan adanya patung lilin tersebut maka lengkaplah ketibaan Priyanka di empat buah benua serata dunia, mengakhiri semua spekulasi peminat beberapa bulan lepas.

Bintang muka depan majalah Vogue itu telah lama berkolaborasi dengan kumpulan Madam Tussauds dalam projek yang menjangkau kos empat angka tersebut.

Projek itu bermula sejak 2018 dimana mereka telah membuat perbincangan secara tertutup di kediaman Priyanka di bandar New York.

Para peminat telah lama menanti untuk melihat patung lilin Priyanka sejak patung lilin pertamanya dilancarkan di Madame Tussauds New York pada awal tahun ini.

Kini Madame Tussauds Singapore turut menyertai London dan Sydney dalam melancarkan patung lilin bintang Bollywood itu kepada para peminat.

Madame Tussauds Singapore adalah perhentian pertama patung lilin Priyanka di Asia. Selepas itu, patung itu akan dibawa ke Bangkok dan seterusnya ke Hong Kong.

Membintangi lebih 50 buah filem dan berjaya menempa nama di Hollywood, Priyanka juga merupakan duta UNICEF Goodwill yang memperjuangkan hak golongan wanita.

"Bekerja dengan kumpulan Madame Tussauds sangat menyeronokkan. Saya sangat teruja mempunyai sebuah patung lilin yang akan mengelilingi benua Asia untuk bertemu para peminat, dan kini di Singapura!

"Ambillah sebanyak mana swafoto bersama saya dan saya tidak sabar untuk melihatnya di laman sosial," ujar Priyanka menerusi laporan dari VietnamNews.

Patung lilin Priyanka distailkan sama seperti watak ikoniknya sebagai Desi Girl dalam filem "Dostana" dan menjadi tarikan utama bersama selebriti seperti Johnny Depp, Leonardo DiCaprio, Nicole Kidman dan ramai lagi.

(Sumber artikel: Vietnam News)
(Sumber foto: Madam Tussauds Singapore website)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.