CLOSE
CLOSE AD

Zeenat Aman buat kemunculan 'cameo' dalam filem "Panipat"

  • 18 Jun 2019
  • Tags:
Zeenat-Aman-buat-kemunculan-cameo-dalam-filem-Panipat

Aktres veteran Bollywood Zeenat Aman disahkan akan membuat kemunculan 'cameo' dalam filem sejarah "Panipat".

Menerusi laporan HindustanTimes, Zeenat akan memainkan peranan istimewa dalam filem arahan Ashutosh Gowariker itu iaitu sebagai Sakina Begum.

Berita tersebut telah dikongsikan oleh penganalisis perdagangan Taran Adarsh menerusi laman Twitter miliknya.

Sebelumnya, Zeenat pernah bekerjasama dengan Ashutosh sebagai pelakon dalam filem arahan Anant Balani "Gawaahi" pada tahun 1989.

Aktor Arjun Kapoor merupakan peneraju utama dimana dia akan membawa watak pahlawan Maratha, Sadashiv Rao Bhau yang akan bertempur dengan raja Afghanistan, Ahmad Shah Abdali yang dilakonkan oleh Sanjay Dutt.

Arjun kini sedang ligat membina badan serta mempelajari kemahiran bela diri untuk lebih mendalami wataknya.

Pada awal tahun juga, Arjun telah memuat naik fotonya sedang mempelajari cara menunggang kuda untuk filem berkenaan.

Filem itu dibikin berdasarkan Peperangan ketiga Panipat yang berlaku di antara Afghanistan dan Empayar Maratha pada 14 Januari 1761.

Peperangan tersebut merupakan salah satu peperangan terbesar yang tercatat dalam sejarah pada kurun ke-18.

"Panipat" akan mula ditayangkan pada 6 Disember 2019.

(Sumber artikel: Hindustan Times)

(Sumber foto: India Today)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".