CLOSE
CLOSE AD

Judul filem Jhanvi Kapoor "Rooh-Afza" ditukar ke "RoohiAfza"

  • 18 Jun 2019
  • Tags:
Judul-filem-Jhanvi-Kapoor-Rooh-Afza-ditukar-ke-RoohiAfza

Pemilik syarikat minuman sirap ros Rooh Afza berasa tersinggung kerana filem arahan Hardik Mehta dinamakan seperti jenama tersebut.

Akibat aduan yang dibuat itu, penerbit filem Dinesh Vijan dan Mrighdeep Singh Lamba membuat keputusan untuk mengubah judulnya ke "RoohiAfza".

"Minuman tersebut terkenal dan dikilangkan di India dan Pakistan. Anak pemiliknya Hakeem Abul Majid berpindah ke Pakistan selepas India dan Pakistan dipisahkan untuk menubuhkan syarikat sendiri di bawah jenama yang sama.

"Ia didaftarkan sebagai perubatan Unani oleh syarikat Hamdard. Jenama itu terkenal di India sejak 1907 dan pemilik Rooh Afza tersinggung dengan nama filem itu sama seperti jenamanya," jelas satu sumber perdagangan menerusi laporan TimesofIndia.

Sebelumnya, isu yang sama pernah bangkit apabila pemilik syarikat Zandu Balm mengambil tindakan mahmakah kerana jenama tersebut digunakan dalam sebuah lagu dalam filem aksi "Dabangg".

Filem "RoohiAfza" dibintangi oleh Rajkummar Rao dan Janhvi Kapoor yang akan memainkan dua watak berbeza iaitu Roohi dan Afsana.

Ini merupakan kali pertama mereka berdua digandingkan serta kali ketiga Rajkummar bekerja dengan Dinesh Vijan selepas filem "Stree" dan "Made in China".

Selain Rajkummar dan Janhvi, aktor Varun Dhawan akan turut dilihat membintangi filem seram komedi tersebut.

Penggambaran filem telah mula dijalankan pada Jumaat lalu di Uttar Pradesh dan akan ditayangkan pada 20 Mac 2020.

(Sumber artikel: Times of India)

(Sumber foto: Jhanvi Kapoor Instagram)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.