CLOSE
CLOSE AD

John Abraham Setuju Bintangi 'Remake' Hindi "Vedalam"

  • 17 Jun 2019
John-Abraham-Setuju-Bintangi-Remake-Hindi-Vedalam

John Abraham telah memberi tanda persetujuan untuk membintangi 'remake' versi Hindi bagi filem Tamil 2015, "Vedalam".

Menurut satu sumber terdekat, Bhushan Kumar yang akan menerbitkan filem itu, telah mendapatkan hak cipta rasmi untuk membikin 'remake' Hindi.

"Bhushan menyukai filem asal dan telah bertemu dengan John untuk membincangkan tentang pembikinan 'remake' filem itu.

"John telah bersetuju dengan tawarannya namun masih belum menandatangani apa-apa perjanjian rasmi," jelas sumber itu menerusi laporan yang dipetik dari MumbaiMirror.

Tambah sumber itu lagi, filem versi Hindi itu akan diadaptasi dalam jalan cerita yang sesuai dengan penonton pan-India sementara pembikin filem masih mencari pengarah untuknya.

Sebaik sahaja mereka menyiapkan skrip dan mempunyai pengarah, kru produksi akan memulakan uji bakat bagi mencari pelakon sampingan yang lain serta proses pra-produksi yang lain.

"Vedalam" berkisar mengenai Ganesh yang tinggal bersama adiknya Tamizh di Kolkata dan bekerja sebagai pemandu teksi sambil memburu tiga penjenayah yang dilakonkan oleh Rahul Dev, Kabir Duhan Singh and Aniket Chauhan.

Shruti Haasan membawa watak peguam dalam sebuah lagi 'remake' versi Bengali berjudul "Sultan: The Saviour" pada 2018 bersama Jeet, Bidya Sinha Mim and Priyanka Sarkar.

Filem asal bergenre aksi pecah panggung itu telah diarahkan oleh Siva dan dibantu oleh Ajith Kumar.

Dalam pada itu, John kini mempunyai tiga buah lagi filem dalam jadual kerjanya iaitu "Batla House", "Satyameva Jayate 2" dan "Pagalpanti".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: GQ India



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.

Nishant-Dahiya-Galas-Watak-Atlet-Kriket-Anglo-India-Dalam-83 Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Nishant Dahiya Galas Watak Atlet Kriket Anglo-India Dalam "'83"

Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.