CLOSE
CLOSE AD

Pengarah mahukan Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam "Don" terbaru!

  • 14 Jun 2019
  • Tags:
Pengarah-mahukan-Shah-Rukh-Khan-dan-Amitabh-Bachchan-dalam-Don-terbaru

Kedua-dua bintang terkenal ini mempunyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama.

Pengarah filem aksi pecah panggung "Don" dan "Don 2", Farhan Akthar memberitahu dia berharap impiannya untuk menggandingkan dua bintang tersohor Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam filem terbaru "Don" akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun menurut laporan dari Masala, projek filem terbaru "Don" ini tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat kerana buat masa ini Farhan sibuk dengan filem terbarunya berjudul "The Sky Is Pink" bergandingan dengan Priyanka Chopra.

Malah jalan cerita atau skrip untuk filem terbaru "Don" juga masih belum ada.

"Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan mempunyai hubungan yang sangat baik. Oleh itu tercetusnya idea untuk Farhan menampilkan Don asal dan Don dari filem 'remake' ke filem terbaru "Don"," ujar satu sumber.

Filem "Don" asal yang ditayangkan pada tahun 70an sebelum ini dibintangi oleh Amitabh Bachchan dan ia telah menjadi filem terbesar ketika itu sekaligus melonjakkan nama aktor itu.

Sementara itu, terdahulu terdapat laporan yang mengatakan watak Don yang dibawa oleh Shah Rukh Khan bakal digantikan dengan pelakon lain iaitu antara Ranveer Singh atau Ranbir Kapoor.

Bagaimanapun, sehingga kini berita itu masih lagi belum disahkan oleh mana-mana pihak termasuk Farhan sendiri.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: easterneye.biz)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.