CLOSE
CLOSE AD

Riteish Deshmukh akan turut serta bintangi "Baaghi 3"

  • 12 Jun 2019
Riteish-Deshmukh-akan-turut-serta-bintangi-Baaghi-3

Aktor Riteish Deshmukh akan menyertai barisan pelakon lain bagi filem aksi bersiri baru berjudul "Baaghi 3".

Menerusi laporan yang dipetik dari TheIndianExpress, filem ketiga yang diterajui Shraddha Kapoor itu akan diarahkan oleh pakar koreografi Ahmed Khan.

Watak heroin dalam filem pertama telah diterajui oleh Shraddha sementara sekuelnya pada 2018 diganti oleh Disha Patani.

Riteish akan memainkan watak sebagai abang kepada Tiger Shroff menerusi filem tersebut dan aktor itu telah diuji bakat dan disahkan oleh penerbit Sajid Nadiadwala.

"Riteish adalah sebahagian daripada francais filem "Housefull" saya dan kini dia akan menyertai "Baaghi" pula.

""Baaghi 3" merupakan filem keenam saya bersama dia selepas "Heyy Babyy" dan empat siri filem "Housefull"," ujar Sajid.

Tambah penerbit itu lagi, mereka berdua berkongsi satu hubungan rakan yang akrab dan dia berasa berbesar hati dapat menulis skrip filem "Lai Bhaari" untuk Riteish.

Baru-baru ini, Riteish telah selesai menjalani sesi penggambaran bagi filem arahan Milap Zaveri "Marjaavaan" yang menandakan gandingan semula dia bersama Sidharth Malhotra selepas "Ek Villain".

Dia juga telah terlibat dalam penggambaran filem "Housefull 4" bersama Akshay Kumar, Bobby Deol, Kriti Sanon, Kriti Kharbanda, Pooja Hegde dan Nawazuddin Siddiqui.

Filem "Baaghi 3" akan menemui penonton pada 6 Mac 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: The Indian Express
Sumber foto: The Quint



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.