CLOSE
CLOSE AD

Katrina Kaif Elak Filem Seram

  • 12 Jun 2019
Katrina-Kaif-Elak-Filem-Seram

Aktres jelita Katrina Kaif mendedahkan yang dirinya seorang yang cepat berasa takut oleh itu dia akan mengelak dari sebarang filem seram.

"Seram. Saya seorang penakut jadi saya tidak mahu ditakutkan," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.com.

Dalam pada itu, Katrina kini sedang mengecapi kejayaan apabila filem terbarunya bersama Salman Khan berjudul "Bharat" berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan sehingga kini masih lagi ditayangkan.

Selain berlakon, Katrina kini dalam perancangan untuk melebarkan lagi sayapnya dalam dunia seni Bollywood apabila dia mengumumkan bakal menubuhkan rumah produksinya sendiri pada hujung tahun ini.

Tidak mahu menunggu lama, dia juga dilaporkan membeli hak cipta sebuah filem Perancis berjudul "He Loves Me He Loves Me Not" untuk diterbitkan dalam versi Hindi.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai pembikinan filem itu masih lagi belum didedahkan kerana ia masih di peringkat awal.

Katrina menjadi salah seorang aktres terbaru yang menceburkan diri dalam dunia penerbitan selepas Priyanka Chopra, Anushka Sharma dan Deepika Padukone turut menubuhkan rumah produksi mereka sendiri.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber: Bollywoodlife
Sumber foto: Filmfare



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.