CLOSE
CLOSE AD

Priyanka Chopra Rai Tamatnya Penggambaran "The Sky Is Pink"

  • 12 Jun 2019
Priyanka-Chopra-Rai-Tamatnya-Penggambaran-The-Sky-Is-Pink

Bintang popular Priyanka Chopra kembali ke dunia Bollywood dengan tayangan filem terbaru "The Sky Is Pink" tidak lama lagi.

Menerusi laporan dari Pinkvilla, baru-baru ini Priyanka dan pihak produksi telah sama-sama meraikan tamatnya penggambaran filem dalam sebuah parti yang diadakan di Mumbai.

Di kesempatan itu, aktres itu turut berkongsi kegembiraannya menerusi foto yang dimuat naik di entri Instagram miliknya dengan kapsyen ucapan penghargaan buat semua pihak terlibat.

"Filem ini amat istimewa buat saya dalam pelbagai cabang. Sid dan Ronnie bukan sahaja bekerjasama dengan saya dalam produksi Hindi pertama saya, malah turut memberi peluang untuk saya menghidupkan karakter dan kisah yang perlu diceritakan.

"Farhan Akhtar, kamu adalah gandingan pelakon hebat yang menyeronokkan, termasuk rakan-rakan baharu saya, Zaira Wasim dan Rohit Suresh," tulisnya dalam kapsyen tersebut.

Tambah isteri penyanyi Nick Jonas ini lagi, dia menyifatkan penglibatannya dalam filem tersebut sebagai pengalaman paling mencabar serta paling indah buat dirinya.

Filem itu berkisar mengenai kisah Aisha Chaudhary yang menjadi seorang pakar motivasi selepas didiagnosis dengan penyakit kekurangan imun dalam badan seawal usia 13 tahun.

Tarikh tayangan "The Sky Is Pink" dijadualkan pada 11 Oktober tahun ini, menandakan 'comeback' Priyanka ke dunia Bollywood selepas tiga tahun meninggalkannya.

Priyanka terpaksa berehat dari dunia Bollywood kerana sepanjang tempoh itu, jadualnya padat dengan sebuah program TV Amerika "Quantico" serta membintangi beberapa filem Hollywood.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Pinkvilla
Sumber foto: WallpapersMug



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.