CLOSE
CLOSE AD

Sonakshi Sinha umum tarikh tayangan filem "Khandaani Shafakhana"

  • 12 Jun 2019
Sonakshi-Sinha-umum-tarikh-tayangan-filem-Khandaani-Shafakhana

Sonakshi Sinha yang sibuk dengan projek "Dabangg 3" telah mengumumkan tarikh tayangan filem terbarunya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Foto yang dimuat naik oleh aktres itu menampilkan barisan pelakon utama termasuk Varun Sharma, Gautam Mehra dan penyanyi rap terkenal Badshah.

Menurut laporan yang dipetik dari TimesNowNews, filem itu akhirnya diberi judul "Khandaani Shafakhana" dan akan ditayangkan pada 26 Julai depan.

Terdapat sumber yang mengatakan filem itu berkisar mengenai kehidupan seorang gadis Punjabi yang ceria. Sepanjang pengembaraannya, dia membuka minda dan hati ramai orang serta melakukan perkara yang dikatakan tabu.

"Saya sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian dari filem ini yang berkait rapat dengan dunia sekeliling kita.

"Saya teruja dapat membawa watak seorang gadis bandar kecil perlu berdepan cabaran yang dihadapinya sepanjang pengembaraan. Ia amat menyeronokkan dan penuh emosi," ujar Sinha.

Ada laporan mengatakan pembikin filem akan menghasilkan semula sebuah lagu Punjabi popular untuk diselitkan dalam filem tersebut.

Lagu itu akan dihasilkan oleh komposer Tanishk Bagchi dan Badshah akan turut menyumbangkan kemahiran menyanyi rap dalam lagu tersebut.

Pada April lalu, Sinha telah dilihat membintangi filem "Kalank" bersama barisan pelakon seperti Alia Bhatt, Aditya Roy Kapur, Varun Dhawan, Madhuri Dixit and Sanjay Dutt.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Times Now News
Sumber foto: Live Uttar Pradesh



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.